penulisan bersahaja yang adakalanya tiada arah utama. motif - bercerita tentang kehidupan sekeliling yang belum tahu bila pengakhirannya. sekian.
Monday, February 20, 2012
Terima kasih
salam.
selamat siang (yang dah malam).
kepada encik blog, maafkan saya -___- takde niat nak lupakan awak. selalu saja singgah melihat, tapi saya tak tahu apa nak dituliskan. perjalanan hidup sekarang sangat sukar. nak dikongsikan pun payah. nak cari pendengar setia pun susah. masing-masing ada life sendiri. apa pun, terima kasih kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas hingga ke hari ni. banyak cerita, banyak cakapnya. nak khabarkan sesuatu. mungkin. mungkinlah. saya ingat nak delete awak encik blog. tapi itu hanya sekadar mungkin. tak pasti. di sini, saya banyak berkongsi. dari cerita yang baik-baik, gambar menarik, hinggalah cerita yang kurang elok. mungkin ada sedikit mengumpat...mengata...apatah lagi mencerca. entahlah.
terima kasih kepada awak, encik blog...sebab sudi jadi medium untuk saya menulis. mengarut dan mengurat segala perkara. hahaha. sayang pula rasanya. dan untuk awak encik perfect...terima kasih sebab sudi jadi kawan saya. ada di saat saya bermasalah. menjadi ustaz bila saya lalai dari menjalankan tanggungjawab kepada tuhan. dan kaunselor terbaik yang membuatkan saya bosan mendengar nasihat yang sama. maaf -__-" saya doakan moga awak bahagia dengan cik kekasih awak.
baiklah. selamat malam. ada tugas perlu diselesaikan. moga jumpa lagi.
wassalam.
nota kaki:
- post panjang beria, tapi apa isi pun takde. post asyik nak beremo, cuba ceria sikit :)
click click
Miza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 nice reader:
Post a Comment